Jamaliahpeli's Blog
Just another WordPress.com weblog

Jan
17

Ketika Cinta Bertasbih…Sebuah filem yang diadaptasi daripada novel Habiburrahman El Shirazy nyata sebuah filem yang dapat memberi inspirasi kepada hati, InsyaAllah. Alhamdulillah, ada juga filem yang berbentuk keagamaan seumpama ini yang tidak melekakan kita dalam keindahan seperti kebanyakan filem masa kini. Filem ini  digarap dengan begitu  menarik dan manis malah memberi banyak input berupa nasihat dan peringatan kepada kita. Saya terpegun bagaimana seorang hamba yang sholeh dan sholehah masing-masing berikhtiar untuk mencari jodoh yang diciptakan Allah untuk mereka. Sungguh Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kepada sahabat-sahabat sekalian, jangan lupa tonton filem ini dan ambillah pengajaran yang terdapat di dalamnya, antaranya perkara yang menyangkut soal jodoh. Ramai yang mengharapkan untuk bertemu jodoh dengan insan yang dapat membawa kita ke jalanNYA.Apabila melihatnya hati menjadi tenang dan diri tidak lupa akan kebesaran Allah…Ingatlah firman Allah dalam Surah an-Nur: “…perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula.”. Salam Inspirasi=)

Jan
15

Serahkan hatimu sepenuh hati padaNya, maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan, keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan. -Al_Qardhawi

Sahabat… Meskipun hati ini pernah terluka olehmu, namun mengertilah sahabat hati ini jugalah yang sentiasa merinduimu… Tiap kenangan yang pernah kita lakar bersama tak mungkin kubakar daripada kamus hidupku. Sahabat segala bahagia, duka, bangun dan jatuhnya kita, telah kita tempuhi bersama. Jangan kerana salah sangka, curiga, dan egois menjadi prahara yang menghancurkan ukhwah yang telah kita bina selama ini. Maafkan aku sahabat andainya diri ini sebenarnya yang telah menjadi dalang pemusnah sebuah ikatan ini. Sungguh jika benar, aku tidak menyedarinya. Ya Allah…Peliharalah aku dan sahabatku, moga kami sentiasa mendapat redhomu Ya Allah…Amin.

Nov
19

Fatimah adalah puteri Rasulullah yang sangat dermawan dan suka membantu mereka mmerlukan pertolongan. Fatimah adalah cerminan sifat-sifat ayahnya. Fatimah mendengar sabda ayahnya: “Kedermawanan adalah satu daripada pohon-pohon syurga. Dahan-dahannya menjulur ke bumi. Barangsiapa mengambil satu daripadanya, maka dahan-dahan itu akan membawanya ke syurga.” (Riwayat Imam al-Baihaqi, sya’bul iman: 10451
Allah merakam perilaku mulia Rasul dan keluarganya yang mengutamakan keperluan orang lain dari kepentingan diri mereka. sebagaimana firman Allah, maksudnya: ” Dan mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri, meski diri mereka sendiri sebenarnya memerlukannya.” (al-Haysr: 9)
Diceritakan oleh Ibn al-Jauziy, Rasullulllah pernah membuatkan sehelai baju untuk fatimah pada malam pernikahannya kerana pada waktu itu fatimah hanya memiliki sepasang baju itu pun sudah penuh dengan tampalan. Tiba-tiba seorang papa berdiri di pintu rumahnya dan meminta baju yang layak dipakai. Mula-mula, Fatimah hendak memberikan bajunya yang penuh tampalan itu. Manun dia teringat akan firman Allah yang bermaksud: ” Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang paling kamu cintai.” (ali-Imran:92)
Fatimah lalu memberikan baju barunya kepada papa tersebut. Menjelang hari pernikahannya, Jibril datang memberinya sebuah baju yang terbuat daripada sutera hijau. Melihat perilaku mulia Fatimah tersebut, wanita-wanita yahudi yang hadir kemudian memeluk Islam. Tidak lama kemudian suami mereka juga masuk Islam.

Nov
18

Sabda Rasulullah S.A.W, “Ya Tuhanku, aku mohon supaya cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.”

Hadis riwayat Tirmidzi: 3341

Sahabat, perasaan cinta itu adalah fitrah semulajadi insan. Sahabat, kita tidak dapat mengusir perasaan kasih sayang yang hadir kerana ianya naluri kita sebagai insan. Sahabatku, kita lahir di muka bumi ini pun kerana wujudnya cinta dan kasih sayang. Namun janganlah kita jadikan cinta sebagai dalang sehingga kita sanggup membelakangkan batas-batas syariatNya. Cinta yang tersemai dalam diri kita perlulah disuburkan terlebih dahulu kepada Allah. Dialah pencipta kita. Diikuti cinta kepada kekasihnya Allah, Rasullah S.A.W. Baginda juga idola cinta yang ulung. Lupakah kau sahabat, bagaimana cintanya baginda kepada kita, umatnya. Jangan pula kau lupa ibu bapamu,  insan yang telah melahirkan dan membesarkan kau dengan kasih sayang dan cinta. Merekalah insan pertama yang mengajarkan kau erti cinta. Ya, mungkin kau tidak menyedarinya, kerana  kau menyatakan cinta pertama mu si pulan bin si pulan. Benarkah begitu sahabat? Cintamu milik siapa? Sahabat, janganlah kau menganggap cinta sejati itu adalah cinta kekasihmu yang belum tentu menjadi milikmu. Kau seolah-olah terpukau dengan keindahan cinta yang penuh dengan noda dan dosa. Dan apabila kita terlalu alpa, dan menyahut bisikan syaitan hingga kita terjelepok jatuh ke lembah kemaksiatan, adakah kita berhak menyalahkan cinta? Cinta ciptaan Illahi…Cinta tidak bersalah. Janganlah kerana kekhilafan diri kita menuding kepada yang lain…Ingatlah sahabat,  tiada cinta yang sejati, melainkan cintanya Pencipta. Wallahualam.

Peringatan untuk diri ana juga…

Mawar merah, begitu simbolik dengan keagungan cinta….

Memang mawar begitu indah dan harum…

Tapi awas durinya amat tajam….

Nov
17

Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah…

Ya Allah, adakah hambamu ini termasuk dalam golongan wanita solehah? Sedangkan hambamu ini sering alpa terhadapmu dalam mengejar manisnya kehidupan duniawi yang penuh dengan pancaroba… Ya Allah, adakah aku ini masih wanita solehah andainya diriku sentiasa lupa mengingatimu… Ya Allah, adakah aku masih wanita solehah jika batas-batas pergaulanku masih tidak terbatas…Ya Allah…Aku sentiasa mahu jadi seperti Fatimah puteri kesayangan Rasulullah…Ku mahu cintaku padaMu setegar cinta Rabiatul Adawiyah kepadamu…Seteguh Sumayyah dan Asiah… Walaupun ujian bertandang mereka tetap teguh..tetap utuh mengagungkanMu…Ya Allah Engkau teguhkanlah imanku kepada Mu Ya Allah…Meskipun aku tidak seperti mereka, aku tetap mengharapkan redho Mu Ya Allah…

Baca baki entri ini »

Sep
14

Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal. – Al-Anfal

Salam inspirasi buat semua. Kaifa halukum? Apa khabar sahabat hari ini? Adakah hari yang kalian lalui hari ini lebih baik daripada daripada semalam? InsyaAllah semua inginkan diri  mereka lebih baik dari semalam. Persoalannya, dari aspek manakah anda ingin menjadi lebih baik? Seorang pelajar tentunya mahu lebih baik dalam pelajarannya. Seorang ahli perniagaan sudah tentu mahu lebih untung. seorang ahli politik mahu lebih berpengaruh. Tetapi adakah itu yang dimaksudkan hari ini lebih baik dari semalam? Bagaimana pula dari sudut kerohanian kita? Keperibadian dan akhlak kita? Adakah anda berinspirasi untuk menjadi lebih baik dari zahir dan batinnya? Andai orang yang berilmu berinspirasi untuk memperbanyak ilmu pengetahuannya, jika orang kaya berinspirasi untuk jadi lebih berharta, apa pula inspirasi anda? Tepuk dada tanyalah iman, anda lebih mengetahuinya. Cuma diharapkan biarlah inspirasi anda itu menjadi inspirasi hati yang membawa manfaat duni dan akhirat…InsyaAllah.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.